Friday, September 30, 2011

bangunkan aku bila september berakhir

hallo liebe FreundInnen.

aku bukan lah nak sangat tulis blog, tapi tajuk lagu "wake me up when september end" seperti memberi perangsang kepada aku, memang niat tak nak tulis pepanjang lah.

baru-baru nih, member aku ramai yang dah pakai android, bb ngan smartphone, tak disinggirkan juga tablet. dunia semakin maju dan bertambah maju, semua orang nak guna smartphone, sebab nya boleh dimana-mana, termasuk lah ketika membuat projek di dalam toilet, siap check-in lagi tuh.yg best android or wutever jenis smartphone yang korang pakai, ade jerr apps yang korang boleh guna untuk connect dengan kawan FREE (skype, fb etc tuh dah kira normal lah). member2 aku ramai yang guna apps WHATSAPP, yang boleh chat free. takde la gempak mane, coz function dia exactly macam ym, tapi lebih mudah, tak perlu sign in.

ok, kita lupakan pasal bende technology nih. aku nk mengadu sikit lah pasal aku, bila menjejakkan kaki kembali ke bumi Germany nih. jejak jerr kaki kat Duesseldorf Int Airport, nk beli ticket train, kad bank tak boleh guna, kene guna cash, try2 punya lah lama sampaikan terlepas train yang cepat, sheisse. then, sesampai jerr dekat bilik, elektrik takde, sebab aku tak pernah register untuk elektrik, which means, setahun before this aku guna elektrik orang lain. actually, it is a good news, bile difikirkan, if aku lah tak bayar setahun bil elektrik, kena charge denda sume, lagi lah lesap duit aku. then, semalam aku pergi bank, nk check balance, tahu2 kad aku kena telan & bila aku nak amik balik, kad aku dah tak boleh guna, pin dia tak boleh pakai so aku kena buat baru. nak jadikkan lagi cerita, aku nak buat credit card, di sebabkan aku student, aku tak boleh buat, sebab income takde, even aku dapat scholars. yang peliknya, member2 lain dpt jerr buat, hampeh.

aku tak kata diri aku malang, tapi mungkin ini dugaan dari Allah untuk menguji aku, sejauh mana kesabaran aku, dan selama nih pun aku byk melakukan dosa, tapi tidak pernah lagi ditimpa masalah berturut. mungkin inilah masanya untuk aku sedar, dan bangkit semula menuju ke jalan yang benar. sementara kad aku sedang dibuat, ambil masa seminggu juga, aku amik positive side, dapat lah aku berjimat. boleh jerr pinjam duit kawan, tapi akan timbul perasaan malu dan segan, which is good.

orite, aku rasa dah cukup panjang apa yang tulis, till then.

Wassalam.

Wednesday, September 28, 2011

eprima - strom

Alhamdulillah, selepas 2 bulan 1 minggu bercuti-cuti di Malaysia, aku selamat sampai ke Ruesselsheim, Germany utk continue study utk semester ketiga aku di HS RheinMain. tapi 'keseronokan' pulang ke kg halaman yang kedua bertukar menjadi 'tragis', sebab bilik aku kena potong eletrik. short kan story, rupanya2 aku tak pernah register utk elektrik & selama setahun aku dekat sini, aku guna elektrik orang, tahniah.

aku kurang mood nak tulis pepanjang lebar, just pray that everything gonna be alright ASAP. dah anmelden dengan eprima (company electric) and insyaAllah, dalam masa sebulan, lebih or kurang tak tahu la, aku akan dapat balik elektrik dekat bilik. hope diz 1st October dah dapat. wish me luck for 3rd sem.

Wassalam.

Thursday, September 8, 2011

AB will be the champion of RWC 2011

RWC 2011 akan start pada hari ini & aku dah tentu dengan team favourite aku, All Blacks. even sekali jerr world cup diowg menang, but performance diowg tetap the best. kali ini RWC dekat NY sendiri, kompem diowg 'haka' habis team negara lain. last RWC pun bias, hampeh punya France, mentang2 lah jadi tuan rumah.

ex-schoolmate aku yang skang study dekat Wellington, NZ, belikan aku buku nieh, special edition katanya, huh. "gua mahu jersey All Black (harap2 dia baca ar,haha)". anyway, thanx mate, really appreciate ur effort to get me this special book. tapi dia nieh perempuan, so at first, bila players AB nak amik photo dengan dia, dia jual mahal, bajet dia artis ke pe?? *enoi, if u read this, don't kill me

All Black Limited Edition 2011 Handbook
semua biodata players AB 2011 ada dalam buku nieh sekali dengan Head Coach, Ass. Coach etc 
dan sekali dengan Facts about AB (Fern)

waktu aku hang out dengan member aku yang kat Wellington nieh (kat Malaysia jerr ar, tiket fly ke NZ mahal), dia cerita punya cerita, sampailah satu topik yang gila buat aku tercengang, should i believe it or not. dia kata, Sony Bill Williams nieh islam, muallaf la kot, coz dia kata dia pernah nampak SBW pergi masjid. oh man, ini buat aku fanatic lagi dengan AB, key-player dia Islam ;)

SBW - a short biodata about him (takde pulak kata pasal dia Islam)

tiada dalam gambar :
Position : Midfield Back
Province : Canterbury
Nickname : SBW
Born : 03/08/1985 Auckland, NZ
Physical : 108kg * 191cm
School : Mt Albert Grammar School
Super Rugby Team : Crusaders 
Test Debut : 06/11/2010 v England at London
Test Points : 0
Test Caps : 4
All Black # : 1108

sebab semangat yang lebih2 lagi, tengah2 bercuti berjalan dekat Spain, dekat Bernabeu Stadium aku beli training kit All Blacks dengan harga 36 Euro. niat aku nak jersey baru All Blacks, design lama, tapi body-fit, probnyer kain AAA tak dijual lagi lah, original aku tidak mampu *if enoi bacalah kan

minum jus before men rugby

wish you all da best All Blacks, make me proud of you mates. tapi tapi, even aku fans AB, one day aku nak tengok sendiri Malaysia main RWC yang ke berapa2 tak kisah, hope dalam masa terdekat.

Wassalam.

Saturday, September 3, 2011

open house & jalan beraya

Alhamdulillah, masih diberi umur yang panjang dan kesempatan untuk menulis entri baru, islamic sikit (smile). bila hari-hari raya ini, kita mulalah busy sana sini, jumpe sedara mara, sahabat handai dan juga bakal2 menjadi menantu mak, oppppssssss *marah la orang tuh nanti.

pada hari sabtu yang lepas, specific kan tarikh sikit - 3 September 2011, my family organize our own open house. awalnya, jangkaan kitorang sikit sahaja tetamu yang akan datang, coz sedara mara yang rapat dah datang satu hari awal, tapi semua tanggapan itu SALAH, u are totally wrong & wrong *ter'emo' pulak.

ok, before that, aku pergi rumah member terbaik aku, BFF lah kiranya (goli den), rumah Wan Dol. kat sana aku jumpa member lama aku sekali and we talk a lot *memang 'a lot'.

member aku Syazwan Abdullah (kiri sekali) & Fatin Elliya (tetengah)
*adik wandol amik gambar, tangan gegar2

tapi ramai yang tak tahu, open house bukan sekadar rumah terbuka, tapi kitowg celebrate sekali birthday anak buah aku, jalan sekali untuk dua orang, Athirah & Batrisyah.
 - Athirah : 11 September 2011
 - Batrisyah : 28 Ogos 2011
tapi kesian Batrisyah, tak dapat banyak birthday presents, sebab mami dye JAHAT!!! tak bagitahu kawan2 @ sedara mara yang datang pasal birthday dia *who cares actually, muahaha.

birthday cake thirah & trisyah (barbie)

due2 dah tak boleh tahan nak makan

sedeyh nyer muke,tiup lilin tuh cepat

butterfly angle

paling unexpected, my ex-schoolmates datang, and bukan sorang jerr, 6 orang sekali (aku tahu tak ramai, janji ada & diowg memang cool sebab datang open house aku).
syak, aspa & aku

bukan birhday kami, kami just pose dekat depan nieh jerr

sume kes tak nak balik sampi la kena amik photo ramai2
THANX GUYS sudi datang

tak terlepas juga dua orang peneman sahabat aku ini.

Farah peneman Nazif

Azfar ditemani Dila

dan juga dua orang rakan baru aku, walaupun kitowg baru shj kenal, she's cool gak sebab sudi datang,haha

haziqah & her friend, iqa jugak

ini picture of the day, adam 'bugel' tapi muka tetap cool!!!

muka perempuan, tapi anak jantan

lepas open house, malam tuh aku pergi hangout dengan kawan aku including seorang juniors yang sebok nak join orang2 dewasa, lepak2 dekat Zubaidah @ MITC, then after dah makan,minum n borak2 kosong, kitowg pergi main bowling pula. it was my worst day, 1st game dah last, 2nd game baru la ade kemajuan sikit.

jr join srs men bowling midnyte - fahmi & nizam

poyo jerr tuh cm power men bowling - ejik, syafiq alza & aku

1st game - orite, aku malu, aku tahu aku last

tengok2, ade improvement 

so, itu lah semua aktiviti yang aku lakukan sabtu lepas, dan semuanya memang happening, esp dapat jumpa member after 1 and a half years di perantauan (Germany). after this, insyaAllah konvoi raya 1Malaysia dengan member & seniors uni aku. Memang raya sakan lah.

End with a photo that i really like


farah, nazif, imir, burn, munir, syak, aspa, aku


raya raya juga, tapi pada yang nak balik kolej/uni, fokus pada study pula, kowg an ada yang nak final exam, so good luck guys. pada aku, akan ku teruskan cuti ku dengan berjalan2 (gelak gegila nya).

Wassalam.


Thursday, September 1, 2011

Saya Anak Merdeka

I'm proud to be Malaysian

ini bukan ayat2 sesuka hati kelua dari mulut, memang tulus ikhlas dari hati. semua orang tahu, Malaysia ini aman, walaupun kita berbagai bangsa, dengan 3 bangsa utama, Melayu, Cina dan India.

satu hari aku borak dengan jiran aku yang satu Malaysian dan satu lagi Holländer. my neighbour Sarah (Malaysian) said that, she feels safe in this peaceful country though we are multi-racial country and even Roy (Holländer) said that he likes Malaysia and he tells me himself that Malaysia is his number 1 home.

tak rasa bangga ke orang putih/mat salleh berkata sedemikian. kita punya lah dulu membangga2kan negara diowg, sebab pada zahir nyer sahaja negara mereka maju dan aman, 'batin' nyer, hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu.

bila kita tengok lagi, negara kita adalah satu2 nyer negara yang bilamana ada satu2 perayaan, contohnya Hari Raya Aidilfitri, boleh dikatakan semua bangsa di negara kita sambut bersama, tak kira Melayu (sure2 lah kan, itu pun kena la Islam), Cina, Iban, India, Kadazan dan Portugis pun adaaaaaaaaa *mana masuk pula lagu 1Malaysia nieh..... wasn't it nice ;)

tengok sahaja makanan dekat Malaysia, masakan Melayu ada (nasi lemak), Cina ada (nasi goreng cina), Indian Food (chapati mamak) dan macam2 lagi lah. memang sehat lah rakyat Malaysia nieh. warung2 pula buka sampai tengah2 malam, senang cerita, food is available 24 hours in Malaysia. mana tak bangga nyer lagi ;). i study in Germany, and i know how difficult it is to find foods esp at night, except McD 24 hours.

wah, semangat betul aku hari merdeka ini. tapi sayang, idea aku tak melimpah-limpah, tak mencurah2. aku dah sangkut & aku dah buntu. point aku adalah, biar "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, walaupun cantik negeri orang, tentunya Malaysia cantik lagi......" *goyang2 kepala sambil nyanyi2.

jom kibarkan Jalur Gemilang!!!

bergambar tetengah hari, panas!!

Alrity, sampai sini sahaja entri kali ini.
Wassalam.

Wednesday, August 31, 2011

raya sampai lebam

Alhamdulillah, selesai sudah beraya pada hari pertama & ke-2. to be honest, kali ini raya aku makan lebih teratur, but still full house jugak, cause sekali makan, tuh dia, macam gunung nasi yang aku amik,hahahaha *seyes gelak, senyum2 lagi tuh. last year raya di perantauan, kali ini raya di kg halaman, terasa juga kemeriahan raya, jumpa sanak saudara.

this year balik kampung dekat Muar dan memang dah jadi kebiasaan dari 4 tahun lepas balik hari jerr. suka balik kampung, jumpa sedara mara dapat juga bergelak tawa, chewah...tapi, tapi, tapi, terasa malas nak tulis panjang2 wat penat mata melihat, lidah membaca, akal mentafsir. so, kali ini, let the pictures tell the story.

Hari Raya Pertama / 1 Syawal 1432H - 30 Ogos 2011

 family Aziz (yang tiada dalam pix, family Kak Fiza, my 2nd sister)

 my caring mom & my lovely dad

 Kak Nadia's Family- My 1st Sista
Abg Hisham, Athirah, Kak Nadia

 Kak Fiza's Family + Athirah - My 2nd Sista
Kak Fiza, Abg Fendi, Rafael Adam

Kak Shila's Family - My 3rd Sista
Abg Farid, Batrisyah, Kak Shila 

 salam cium tangan ibu bapa memohon maaf silap dan salah
my mom cry every 1st raya,huu

 we are the leaders in our family 
(i'm going too,huhu)

apa ko tengok2, camera depan daaaa

 with my neigbour, Roy (Holländer) & Sarah (Malaysian)

they are really good neighbours + Roy can speaks Germans, 
everytime we meet, wir sprechen auf Deutsch

ini kes kena paksa, haha
~wira2 Melayu moden~

Hari Raya Kedua / 2 Syawal 1432H - 31 Ogos 2011

 my family/sedara mara belah Muar

ramai jerr tak kenal, coz jauh2
family yang dekat dekat kampung atuk, tak sempat nk bergambar ramai,huu

thirah & ecah senyum tunjuk gigi @ Rumah Mak Dah

penat beraya ke penat bermain si Rafael Adam nieh

ngaga mulut, muncungkan mulut, tutup mulut / trio

my dearing and caring mom
ich liebe dich, meine Mutter

 Tan Sri Muhyiddin Yasin (TPM) with his wife in purples' and my family ;)

everytime & everywhere they were together, when taking photos, 'kalah model'

Merdeka, Merdeka, Merdeka

sambil2 kita sambut raya aidilfitri, kita sambut sekali hari Merdeka
bakal pemimpin, insyaAllah, jika bukan negara, keluarga pun cukup ;)

begitulah raya aku tahun 2011 nieh untuk dua hari yang awal. tahun nieh memang unik sikit, kita sambut hari raya just one day before merdeka, so, kita sambutlah merdeka sekali even sambutan hangat nya pada 16 Sept 2011 nanti. seperti entri yang sebelum ini, merdeka bukan sahaja dari penjajah, tetapi dari segi mental, pemikiran yang tidak terkongkong dan merdeka dari godaan syaitan selepas sebulan kita menahan lapar dan dahaga dan nafsu dunia, InsyaAllah.

Wassalam.

Tuesday, August 30, 2011

when we talk about catering.......

di bulan syawal yang mulia ini, tetiba terasa nak update blog dengan entri berkaitan katering. kenapa? biasanya waktu-waktu raya ini, banyak jerr tempahan tok katering, almaklumlah, ada yang buat Open House/Malas Masak. adapun, sehari sebelum raya, itu pun untuk 40 orang shj, mudah lah sangat *kerek.tapi tahun ini, kurang/tiada pula tempahan waktu raya, apatah lagi majlis perkahwinan, lagi la mustahil. Alhamdulillah, relaks lah sikit, dapat la raya to the limit, chewah. tapi, ada pandangan yang mengatakan katering ini macam kerja bisnes jual dekat warung/bisnes biasa2, bukan professional punya kerja lah. when you haven't done it, you never feel it *ayat aku sendiri tuh.

ok, jom kita selami dunia katering ini. bisnes katering, bukan bermaksud, dapat tempahan, kerja pada hari itu tempahan jerr, wrong wrong wrong!!! bila dapat jerr tempahan, 1st thing yang kena buat, buat kira-kira harga menu yang ditempah & bilangan. after that, kena plan barang2 yang yang hendak digunakan macam pinggan, cawan, sudu etc. bukan itu sahaja, style my parents buat katering, 3 hari sebelum, dah buat list bahan2 masak untuk dibeli, 2 hari sebelum relaks dlu, sehari sebelum pagi2 buta dalam pukul 4 pergi pasar & tengah hari sergah tempat katering. pada hari katering, sure2 lah busy yang amat and the day after katering, kena mengemas macam basuh pinggan etc. senang ke rasa?

jom kita bayangkan waktu hari katering tersebut. katakan katering pukul 1 tgh hari, makan tengah hari lah tuh, pukul 10 pagi dh gerak hantar pinggan mangkuk. then, dalam pukul 11.30 pagi, hantar makanan pula, then hidang and mostly siap hidang stgh jam awal ke sejam. orite, part after this boring sikit, kena tunggu orang nak makan. the most busiest time adalah waktu orang makan. fuhh, layan kerenah satu hal, nak pastikan makanan dan minuman cukup satu hal, nak kena kemas pinggan dan cawan cm The Flash pun satu hal & hal paling besar, kebersihan, chewah *okeyh, memang kena jage kebersihan @ tak pasal free2 kene cop caterer pengotor.

jom kita cita bab budget dengan untung, takde ruginya dalam katering, unless penempah tak bayar2 bil rasa nak kena penampar. mostly menu AK KATERING *nama katering family, lebih kurang RM12 untuk nasi briyani dan air, contohlah kan. untuk seorang lebih kurang RM3, dan bayangkan lah jika tempahan untuk 300 orang, contoh la lagikan, dah RM3600 & untung RM900, and that is the profit for one day. tak kira lagi untuk majlis kahwin, lagi lagilah...... so, tak professional ke katering ini??haha *promot habis family katering.

cukuplah kan membebel pasal katering. bukan katering jerr, tapi berniaga makan minum ini, memang satu pekerjaan yang mulia, halal malah menguntungkan, chewah ewah. sebagai penutup, diucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka. jangan merdeka hanya dari penjajah, tapi merdeka dari godaan syaitan juga ;)

Wassalam..

preparing for berbuka puasa at Masjid Selat, Melaka

Monday, August 29, 2011

salam syawal dan salam merdeka


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H & Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-54
dari  Athirah , Azizi dan Batrisyah

Wish you all happy celebrating these 2 biggest events in Malaysia



Monday, August 15, 2011

germans choc cake

within a week, macam-macam yang berlaku, dari yang manis hinggalah yang pahit. it's a life that i was never expected to be happened. i can't regret or even say, "kalaulah bla bla bla" because everythings happened have it own reasons and the biggest reason is that never ever use others belongings if you have your own, cause if something bad happens, you will be the one who regret it, and i've already experienced it, i guess a hundreds of time,huhu..

hari nieh hari yang sangat meriah, sebab semua family gather dekat rumah, Melaka, dari mama papa hinggalah akak2 dan juga anak2 depa, membuatkan rumah riuh rendah. best ada budak keciq dekat rumah, tengok gelagat diowg, bermain, menari-nari, gaduh sampai nangis dan yang paling best, diowg tak penat sampai kita sendiri yang penat melayan kerenah diowg. i love kids, but the is, i'm not that friendly with kids, i don't really know how to play with them. all i did, is making them cry because they afraid of strangers,huhu. so sad!!!

hari nieh juga celebrate my dad 61st birthday, which supposed to be on 12th August 2011, which is yesterday. actually dah sambut pun semalam, tapi tak ramai, hari nieh memang ramai, dah semua ada kan. as a birthday present to my dad, we (me and my sisters) gave my dad a Nokia C2-03, the new Nokia touch and type phone. to make it more surprising, we bought another phone of the same design as an advanced birthday present to my mom. romantic right!!!haha. kesian mama papa, asyik guna handset lama, so skang dah guna handset modern, baru lah nampak katering tuh berjaya ;)

Nokia C2-03

birthday papa kitowg celebrate dekat Hotel Seri Malaysia sekali dengan jamuan berbuka puasa. memang ramai lah orang dekat situh, kalau tak dtg awal, memang beratur panjang lah nak dapatkan makanan, esp daging kambing dan satay. all and all, makan semua layan/sedap..









da next day kami sekeluarga membuat bbq pula dengan menu2 lain, seperti tempoyak, sambal sotong etc. semuanya sedap, sedap lagi dari makan kat hotel,chewah..ok, i think dats all. dah  masuk hari ke 16 kite berpuasa, even late, i still wanna wish, SELAMAT BERPUASA ;)