Saturday, August 22, 2009

perjalanan pulang

pelepasan : terus gerak pulang selepas kelas PHYSICS yang tamat jam 12.45 tengah hari.misz sakit, tp masih semangant mengajar anak2 muridnya. bersyukur ada lecturer seperti misz say. sebelum pulang, drop hakeem, zul n mu'adz di LRT kelana jaya.

cuaca : sangat2 la sejuk d sebabkan hujan lebat sepanjang perjalanan dr damansara ke seremban. seremban ke melaka, cuaca sangatlah cerah.

situasi : memandu seorang diri kerana tiada siapa yang nak temankan.agak seronok gak, kerana boleh buat keje2 gila ketika memandu (Alhamdulillah, selamat sampai juga).

pemandangan : kabur jerr sepanjang perjalanan dr damansara ke seremban coz hujan lebat. banyak kereta yang eksiden, mostly langgar belakang. ada la dalam 2-3 eksiden yang melibatkan due buah kereta.

pemandangan : dr seremban ke melaka, pemandangan yang cukup indah di tambahkan lagi dengan cuaca yang panas2 ayu. bunga2 di lebuh raya mengindahkan suasana. (alangkah uniknya ciptaan Illahi).

sesat : boleh dikatakan sesat. igt masuk LDP boleh tembus terus PLUS dengan mudah dan juga lebih menjimatkan, alangkah silapnya pertimbangan aku. termasuk berpusing2 di putrajaya coz terlepas simpang 1st ke PLUS.

tol simpang ampat : sebuah kereta REXTON terbalik. sangat2 mengejutkan aku coz kete besar cmtuh pun boleh terbalik, ini kan kancil cumeyl aku..seterusnya, memecut dengan laju menghala ke bandar melaka, coz tak nak tersangkut di setiap traffic light yang ada sepanjang kat highway AMJ.

ketibaan : rasa bersyukur, coz selamat sampai tanpa sebarang masalah, especially temperature kereta tak meragam dan terlibat dalam sebarang kemalangan.

Saturday, August 15, 2009

demam

selasa & rabu - ciko

khamis - kamarul

jumaat - aku sendiri

sabtu - faizal

ahad - tiada sesiapa pun (tidak pasti siapa pula yang demam)

isnin - hampir semua pelajar "engineering class 3" demam (climax)

selasa - sedikit2 makin pulih (anti-climax)

dalam seminggu yang lepas, ramai rakan2 ku termasuk diri aku terkena "separa" jangkitan h1n1, alhamdulillah, bukanlah h1n1 sebenar, setakat demam biasa sahaja.

virus h1n1 ini sangatlah berbahaya. dalam group sbpis (sekolah aku), mereka2 berdiskusi mengenai hal ini dan ternyata ianya sangat berbahaya dan mampu membunuh tuan empunya badan dengan cepat. dalam khutbah jumaat pun dh menekankan mengenai hal ini.

gerun juga bila memikirkan virus h1n1 ini. setakat ini, kbu masih di tahap yang selamat, walaupun sudah dua orang (foreigner) yang telah dijangkiti virus ini. semoga, semua (terutamanya pelajar2 jpa & ytm) selamat dari dijangkiti virus ini.

(ayat2 skema, mempraktikkan bahasa melayu yang sebenarnya)