Saturday, August 15, 2009

demam

selasa & rabu - ciko

khamis - kamarul

jumaat - aku sendiri

sabtu - faizal

ahad - tiada sesiapa pun (tidak pasti siapa pula yang demam)

isnin - hampir semua pelajar "engineering class 3" demam (climax)

selasa - sedikit2 makin pulih (anti-climax)

dalam seminggu yang lepas, ramai rakan2 ku termasuk diri aku terkena "separa" jangkitan h1n1, alhamdulillah, bukanlah h1n1 sebenar, setakat demam biasa sahaja.

virus h1n1 ini sangatlah berbahaya. dalam group sbpis (sekolah aku), mereka2 berdiskusi mengenai hal ini dan ternyata ianya sangat berbahaya dan mampu membunuh tuan empunya badan dengan cepat. dalam khutbah jumaat pun dh menekankan mengenai hal ini.

gerun juga bila memikirkan virus h1n1 ini. setakat ini, kbu masih di tahap yang selamat, walaupun sudah dua orang (foreigner) yang telah dijangkiti virus ini. semoga, semua (terutamanya pelajar2 jpa & ytm) selamat dari dijangkiti virus ini.

(ayat2 skema, mempraktikkan bahasa melayu yang sebenarnya)

No comments: