Tuesday, December 21, 2010

suka duka, bahagia, sedih, kecewa, marah, geram, bersyukur

dunia bagaikan roda,
kadang-kadang kita di atas,
kadang-kadang kita di bawah,

kadang-kadang kat tangent roda
'dan yg atas nieh takde kaitan'

hari ini, hari yang agak gembira,
hari yang agak sedih,
hari yang penuh suka dan duka,
hari yang dipenuhi dengan perasaan geram, marah,
tapi tiada hari yang patut dikecewa,
dan hari-hari ini perlu dipenuhi dengan kesyukuran,
kerana hari-hari tersebut ada asbab tertentu,
kenapa dipenuhi dengan gembira,
dipenuhi dengan suka dan duka,
geram dan sedih..

'apa yang aku mengarutkan nieh'

dan hari ini, semua 'adjektif' untuk hari-hari,
terjadi pada aku..

suka dan duka
ketika membeli barang dapur
'salji tebal, lecak, tapi barang kembali lengkap'

gembira,apakah?
hari-hari aku sentiasa dipenuhi dengan kegembiraan..
kalau tiada kegembiraan, cari sampai dapat,
biar sampai cucur 'udang'??erk,atap..
'aku dah mula mengarut agi'

marah??geram??
apakah adjektif ini??tanda tiada kegembiraan,huh
apapun,ade juga hari tersebut pada hari ini..
mood tadi tinggi nak lipat, basuh, keringkan baju, nak jahit baju pun ada..
sangat tinggi mood aku ketika itu..
tapi, bila tiba di KELLER, depan mesin basuh, baju orang lain ada /
tak habis basuh, aku juga yang kena tambah €0,50

kemudian,
tiba giliran aku membasuh..
ok, part basuh everything was okey.,
part nak keringkan guna drier..hampeh..
drier tak berfungsi seperti mana yang dikehendaki..
maka, berbasahanlah baju aku,
dan terpaksalah dijemur di dalam bilik,
guna heater lah alamatnya..

dan sangat2 bersyukur,
bila masakan yang dimasak oleh diri sendiri,
dimakan oleh diri sendiri,
habis dikunyah sehingga menjilat jari..
alhamdulillah, masih mampu memasak dan menyuap diri ini,
menggunakan pinjaman Illahi,
dan juga masih sehat hingga kini (except tangan,burning!!!)
ubat-ubat!!!

erk, panjang lebar sudah karangan 'pendek' aku nieh /
rintihan hati..
itulah hari aku pada hari ini tanggal :
..... 21 Disember 2010.....

No comments: