Tuesday, August 30, 2011

when we talk about catering.......

di bulan syawal yang mulia ini, tetiba terasa nak update blog dengan entri berkaitan katering. kenapa? biasanya waktu-waktu raya ini, banyak jerr tempahan tok katering, almaklumlah, ada yang buat Open House/Malas Masak. adapun, sehari sebelum raya, itu pun untuk 40 orang shj, mudah lah sangat *kerek.tapi tahun ini, kurang/tiada pula tempahan waktu raya, apatah lagi majlis perkahwinan, lagi la mustahil. Alhamdulillah, relaks lah sikit, dapat la raya to the limit, chewah. tapi, ada pandangan yang mengatakan katering ini macam kerja bisnes jual dekat warung/bisnes biasa2, bukan professional punya kerja lah. when you haven't done it, you never feel it *ayat aku sendiri tuh.

ok, jom kita selami dunia katering ini. bisnes katering, bukan bermaksud, dapat tempahan, kerja pada hari itu tempahan jerr, wrong wrong wrong!!! bila dapat jerr tempahan, 1st thing yang kena buat, buat kira-kira harga menu yang ditempah & bilangan. after that, kena plan barang2 yang yang hendak digunakan macam pinggan, cawan, sudu etc. bukan itu sahaja, style my parents buat katering, 3 hari sebelum, dah buat list bahan2 masak untuk dibeli, 2 hari sebelum relaks dlu, sehari sebelum pagi2 buta dalam pukul 4 pergi pasar & tengah hari sergah tempat katering. pada hari katering, sure2 lah busy yang amat and the day after katering, kena mengemas macam basuh pinggan etc. senang ke rasa?

jom kita bayangkan waktu hari katering tersebut. katakan katering pukul 1 tgh hari, makan tengah hari lah tuh, pukul 10 pagi dh gerak hantar pinggan mangkuk. then, dalam pukul 11.30 pagi, hantar makanan pula, then hidang and mostly siap hidang stgh jam awal ke sejam. orite, part after this boring sikit, kena tunggu orang nak makan. the most busiest time adalah waktu orang makan. fuhh, layan kerenah satu hal, nak pastikan makanan dan minuman cukup satu hal, nak kena kemas pinggan dan cawan cm The Flash pun satu hal & hal paling besar, kebersihan, chewah *okeyh, memang kena jage kebersihan @ tak pasal free2 kene cop caterer pengotor.

jom kita cita bab budget dengan untung, takde ruginya dalam katering, unless penempah tak bayar2 bil rasa nak kena penampar. mostly menu AK KATERING *nama katering family, lebih kurang RM12 untuk nasi briyani dan air, contohlah kan. untuk seorang lebih kurang RM3, dan bayangkan lah jika tempahan untuk 300 orang, contoh la lagikan, dah RM3600 & untung RM900, and that is the profit for one day. tak kira lagi untuk majlis kahwin, lagi lagilah...... so, tak professional ke katering ini??haha *promot habis family katering.

cukuplah kan membebel pasal katering. bukan katering jerr, tapi berniaga makan minum ini, memang satu pekerjaan yang mulia, halal malah menguntungkan, chewah ewah. sebagai penutup, diucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka. jangan merdeka hanya dari penjajah, tapi merdeka dari godaan syaitan juga ;)

Wassalam..

preparing for berbuka puasa at Masjid Selat, Melaka

No comments: